Sumundai om Mongigol
Ramai yang tertanya apa makna dan simbolik Tarian tradisi Rungus kan? Disini saya ingin mengkongsikan makna dan simbolik tarian tradisional bagi suku kaum Rungus. Tarian sumundai dan mongigol mempunyai 1 atau 2 penari lelaki dan 4 ke 5 penari perempuan atau lebih. Makna tarian sumundai dan mingigol ini ialah sebagai tanda penghormatan kepada orang lelaki terutama kepada sang suami serta sebagai tanda kesetiaan dalam apa pun keadaan yang akan berlaku. Penari mongigol adalah lelaki makna mongigol ini adalah sebagai pelindungan kepada kaum wanita serta sebagai ketua dalam rumah tangga serta sebagai tanda persiapan merekasebelum pergi berperang semasa zaman dahulu kala.(credit for princess21811.blogspot.my/2012/10/makna-dan-simbolik-tarian-tradisi.html)
Penari bagi tarian sumundai pula ialah wanita, makna tarian sumundai ini adalah sebagai tanda kesetian kepada si lelaki, sokongan, kerjasama dalam apa jua yang di lakukan dan juga sebagai penghormatan kepada lelaki terutama kepada suami. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia akan dipanggil 'miandak' dalam bahasa Rungus.(credit for www.sabah.edu.my/itls07013/kebudayaan_tarian.html)
Tarian sumundai dan mongigol ini dipersembahkan oleh suku
kaum Rungus dari daerah Kudat dan Pitas. Tarian ini akan dipersembahkan semasa
hari perayaan seperti pesta Kaamatan, pemujaan semangat padi, acara perkahwinan
ataupun semasa menyambut tetamu yang istimewa. Tarian ini akan di iringi oleh
alunan alat muzik yang terdiri daripada sekumpulan enam atau tujuh orang pemain
gong/muzik, Gong kaum Rungus terdiri daripada tujuh jenis iaitu, koritikon
(canang), sandangau (canang ), pompom, soludon, tongikon ( tavag ), hungkodonan
(tavag ) , bimbingan ( tavag ) dan tontog.
Akan tetapi, kadang-kadang juga semasa tarian mongigol
sumundai diratikan, momodlohing 'para orang tua' akan membawa beberapa gelas
arak buatan sendiri seperti 'kinomol' yang diperbuat dari beras dan
'tinonggilan' yang diperbuat daripada jagung untuk para tetamu yang hadir dalam
majlis berkenan.
Tarian tradisional kaum
Rungus ini ada dua iaitu tarian Sumundai Mongigol dan juga tarian Manaradan.
Tarian Manaradan yang dulunya kurang dipromosikan oleh kaum Rungus tetapi pada
hari ini masyarakat Rungus mulai mempromosikan tarian ini. Tarian Manaradan ini yang
dikenali juga sebagai tarian Magunatip dikalangan masyarakat Dusun. Selalunya
tarian ini hanya ditarikan oleh kaum wanita manakala kaum lelaki hanya memakai
peralatan bamboo yang digunakan dalam tarian ini. Alunan muziknya tidak sama dengan rentak tarian
sumundai mongigol ianya berlainan.(credit for rungusmomogun.blogspot.com/2007/12/seni-tarian-kaum-rungus.html)
Hondomo Dikou iti Boros Dot Momogun tu, Aso no ma Kadapat Dot Poingkakat Diti, Baiko Ie Tokou no....